Description
ORGANIC POMEGRANATE JUICE SIHATÉ
Jus Delima merupakan jus buah yang tinggi kandungan antioksida berbanding jus buah yang lain dan antioksidanya tiga kali lebih tinggi dari teh hijau. Ianya juga kaya dengan Vitamin C, E, K, Potassium dan
banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda secara dalaman dan luaran.
Kelebihan Jus Delima Organik Sihaté
Pakar bersetuju bahawa just delima sangat baik untuk anda. Berikut adalah kelebihan jus delima organik Sihaté berbanding jenama lain.
100% Jus Asli
Jus ini dijamin asli tanpa penambahan air atau sebarang bahan kimia yang memudaratkan kesihatan.
Diiktiraf Organik
Produk dihasilkan dan diadun mematuhi Undang-undang Pertanian Organik yang diiktiraf kerajaan Turki dan EU.
Tiada Gula Tambahan
Manisan gula yang terhasil merupakan manisan semulajadi buah delima itu sendiri dan bukannya penambahan gula putih.
Tiada Bahan Pengawet
Rasa asli jus dan khasiat asal dapat dikekalkan kerana jus ini tidak ditambah sebarang bahan pengawet.
Bebas Gluten
Jus ini sesuai untuk semua lapisan pengguna kerana bebas dari gluten yang boleh membawa kepada kesan sampingan kepada golongan tertentu.
Bukan GMO
Keselamatan produk ini untuk penggunaan jangka masa yang lama terjamin kerana produk dihasilkan secara semulajadi dan bukan GMO.
Diiktiraf Halal Jakim
Produk ini telah mendapat pengiktirafan Halal yang diiktiraf oleh Jakim melalui badan berautoriti di Turki iaitu Kascert.
Memenuhi Standard ISO
Kilang yang memproses jus ini mendapat pengiktirafan ISO 9001. Justeru, pengurusan keselamatan dan kebersihan makanan terjamin bermula dari awal proses sehingga produk siap.
Premium Dari Turki
Jus ini diimport dari Turki yang memenuhi segala piawaian untuk dipasarkan pada pasaran Eropah termasuk US.
MAKANAN TAMBAHAN BUKAN UBAT: Ia adalah makanan yang boleh diamalkan di dalam kehidupan seharian. Hasil mengamalkan makanan tambahan adalah pelbagai dan berbeza mengikut individu. Ia bergantung terhadap cara penggunaan, gaya hidup dan sebagainya.
Soalan-Soalan Lazim (FAQ)
Berikut adalah persoalan yang sering diajukan oleh para pengguna.
-Adakah Jus Delima Organik Sihaté ini dapat menyembuhkan penyakit saya?
Jus Delima bukan ubat. Ia adalah makanan yang apabila diambil di dalam dos tertentu, Insyallah dapat membantu mengawal beberapa jenis penyakit yang ada kajian mengenainya. Namun, pengambilan jus harus dipantau kerana pengambilan yang berlebihan boleh membawa kepada kemudaratan kepada
badan.
-Adakah Jus Delima Sihate ini benar – benar asli, tiada sebarang campuran?
Semua produk keluaran Sihaté adalah asli dan organik tanpa sebarang campuran pewarna, pengawet dan bahan-bahan lain. Anda boleh menyemak semua sijil akuan bagi Jus Delima keluaran Sihaté
pada pautan ini.
-Bagaimanakah cara terbaik untuk mengamalkan Jus Delima Sihaté ni?
Jus Delima sihaté boleh diminum begitu sahaja tanpa perlu campur ke dalam air. Dicadangkan untuk sekali hidangan menyamai segelas cawan 250ml.
-Berapa lamakah sebotol Jus Delima Sihaté boleh bertahan?
Ia bergantung terhadap bagaimana anda menggunakannya. Satu botol 1 liter boleh diminum sehingga 4-5 gelas penuh.
-Kenapa jus ini mengandungi gula walaupun ianya asli?
Gula yang terhasil di dalam jus ini merupakan gula semulajadi dari asal buah delima dan bukannya penambahan gula luar. Anda akan dapat menikmati rasa sebenar jus ini.
Reviews
There are no reviews yet.