Description
ORGANIC CAROB CIDER VINEGAR SIHATÉ
Cuka Carob mengandungi karbohidrat, manganese, fosforus, tembaga, kalsium dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda secara dalaman dan luaran serta sesuai digunakan untuk rawatan.
Kelebihan Sari Cuka Carob Organik Sihaté
Pakar bersetuju bahawa sari cuka sangat baik untuk anda. Berikut adalah kelebihan sari cuka organik Sihaté berbanding jenama lain.
-Mentah & Tak Dipasteurisasi
Cuka dihasilkan dengan cara tanpa ditapis dan dipasteurisasi supaya khasiat asal buah dapat dikekalkan secara maksimum.
–Tanpa Bahan Kimia
Cuka ini bebas dari sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan badan dan bebas bahan pengawet.
-Penapaian Semulajadi
Proses untuk menghasilkan cuka ini bermula dari pengumpulan buah Carob itu sendiri sehinggalah terjadinya cuka berlaku secara semulajadi.
-Penapaian Tradisional
Cuka akan diletakkan di dalam tong kayu dan dibiarkan selama 12 sehingga 16 bulan bagi memastikan cuka yang berkualiti dapat dihasilkan.
-Mengandungi Ibu Cuka
Selepas penutup botol dibuka, cuka akan berinteraksi dengan oksigen di udara dan proses penapaian akan bersambung semula yang seharusnya menghasilkan lendir yang disebut sebagai ibu cuka. Ibu cuka ini tanda kepada aslinya cuka tersebut.
-Diiktiraf Halal Jakim
Cuka ini telah mendapat pengiktirafan Halal yang diiktiraf oleh Jakim melalui badan berautoriti di Turki iaitu Kascert.
-Diiktiraf Organik
Produk dihasilkan dan diadun mengikut Undang-undang Pertanian Organik yang diiktiraf kerajaan Turki dan EU.
-Memenuhi Standard ISO
Kilang yang memproses cuka ini mendapat pengiktirafan ISO 22001 & ISO 9001. Justeru, pengurusan keselamatan dan kebersihan makanan terjamin bermula dari awal proses sehingga produk siap.
-Diimport Kontena Sejuk
Diimport menggunakan kontena sejuk beku supaya cuka terlindung daripada terdedah kepada suhu panas yang melampau ketika kontena berada di atas laut berbulan-bulan lamanya.
Sijil Akuan à Carob Cider Vinegar Sihaté
Soalan-Soalan Lazim (FAQ)
Berikut adalah persoalan yang sering diajukan oleh para pengguna.
-Adakah Cuka Carob Sihaté ini dapat menyembuhkan penyakit saya?
Berdasarkan kaijan-kajian yang dilakukan, cuka secara asasnya merupakan lauk dan juga penawar kepada pelbagai penyakit. Walaubagaimanapun, hanya dengan cara pengambilan yang betul sahaja memberi kesan kepada penggunaannya.
-Adakah Cuka Carob Sihaté ini boleh dimakan begitu sahaja?
Mengamalkan Cuka Carob Sihaté tanpa dilarutkan di dalam air amat tidak digalakkan sama sekali kerana cuka bersifat aisid yang boleh memberikan beberapa kesan sampingan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
-Bagaimanakah cara terbaik untuk mengamalkan Cuka Carob Sihaté ni?
Terdapat pelbagai cara memakan cuka untuk mencapai tujuan kesihatan tertentu. Secara asasnya, cuka perlu di ambil bersama makanan lain atau pun dibancuh bersama dengan air masak. Untuk amalan harian, anda boleh amalkan dua sudu besar cuka yang dibancuh bersama segelas air masak setiap hari. Ikuti juga petua cara menggunakan cuka di sosial media Sihaté.
-Berapa lamakah sebotol Cuka Carob Sihaté boleh bertahan?
Ia bergantung terhadap bagaimana anda menggunakannya. Jika guna 2 sudu besar setap hari, sebotol cuka boleh bertahan selama 30 hari.
-Adakah cuka boleh diamalkan setiap hari?
Sehingga kini tiada larangan untuk memakan cuka setiap hari tetapi hendaklah pada kadar yang berpatutan.
Reviews
There are no reviews yet.