Description
EXTRA VIRGIN OLIVE OIL – LATE HARVEST
Minyak Zaitun
Extra-Virgin kaya dengan Antioksida, Omega-3, 6, 9, Vitamin E, K dan merupakan
sumber lemak terbaik untuk badan. Terbukti secara saintifik mampu memberikan
pelbagai manfaat kepada anda secara dalaman dan luaran.
Kelebihan Minyak Zaitun Extra Virgin
Sihaté
Pakar
bersetuju bahawa minyak zaitun terutamanya extra virgin sangat baik untuk anda.
Berikut adalah kelebihan minyak zaitun Sihaté berbanding jenama lain.
-Premium Dari Turki
Minyak ini
diimport dari Turki, datang dari pokok yang berusia lebih dari 300 tahun dan
ladang seluas 5000 ekar.
-Tuaian Akhir
Buah zaitun
yang digunakan dituai di akhir musim membuatkan rasanya yang lembut berbanding
biasa.
-Perahan Sejuk
Minyak ini
tidak ditapis dan menggunakan teknik perahan sejuk supaya kualiti yang terhasil
berada pada tahap maksima.
-Diiktiraf USDA Organik
Ladang dan
proses penghasilan minyak disahkan organik oleh Ecocert melalui pensijilan USDA
Organik yang dikeluarkan oleh Ecocert.
-Dua Kali Ujian Makmal
Ujian makmal
dilakukan dua kali iaitu di Turki dan UNIPEQ atau SGS di Malaysia bagi
memastikan minyak yang dibekalkan diyakini asli.
-Diimport Kontena Sejuk
Diimport
menggunakan kontena sejuk beku supaya minyak terlindung daripada terdedah
kepada suhu panas yang melampau ketika kontena berada di atas laut
berbulan-bulan lamanya.
-Penggunaan Botol Gelap
Disebabkan
minyak ini terlalu sensitif terhadap udara, haba dan cahaya, penggunaan botol
gelap mampu memberi perlindungan tambahan supaya minyak ini kekal berkualiti.
-Menang Pingat Emas
Menang Pingat
Emas EVO International Olive Oil Contest (IOOC) 2021. Kemenangan ini
membuktikan minyak ini menjadi pilihan pengguna dari segi rasa dan kualiti
minyak yang dihasilkan.
-Diiktiraf Halal Jakim
Minyak zaitun
ini telah mendapat pengiktirafan Halal yang diiktiraf oleh Jakim melalui badan
berautoriti di Turki iaitu Kascert.
Sijil Akuan à EXTRA VIRGIN OLIVE OIL – LATE HARVEST
Soalan-Soalan Lazim (FAQ)
Berikut
adalah persoalan yang sering diajukan oleh para pengguna.
-Adakah Minyak Zaitun
Sihaté ini dapat menyembuhkan penyakit saya?
Minyak zaitun
bukan ubat. Ia adalah makanan yang apabila diambil di dalam kuantiti tertentu,
Insya-Allah dapat membantu mengawal beberapa jenis penyakit yang ada kajian
mengenainya. Namun, pengambilan minyak zaitun juga perlulah diseimbangkan
dengan gaya hidup yang sihat. Bagi sesetengah penyakit kronik, perlulah
mendapatkan saranan doktor sebelum mengambil minyak zaitun.
-Adakah Minyak Zaitun
Sihaté ini boleh digunakan untuk memasak?
Secara
asasnya, minyak zaitun akan terjejas khasiatnya apabila terdedah dengan haba.
Tetapi berdasarkan beberapa kajian, minyak zaitun extra virgin sangat bagus
digunakan untuk memasak BERBANDING minyak-minyak lain kerana ia mampu
mengekalkan khasiat makanan yang dimasak. Oleh kerana harga minyak zaitun extra
virgin agak mahal untuk digunakan sebagai minyak masak, memadai ia digunakan
dengan merenjis di atas makanan setelah selesai memasak.
-Bagaimanakah cara
terbaik untuk mengamalkan Minyak Zaitun Sihaté?
Terdapat
pelbagai saranan cara pengambilan minyak zaitun bergantung terhadap apakah
objektif yang ingin dicapai oleh individu. Secara umum, anda boleh mengambil
minyak zaitun bersama makanan atau digunakan sebagai bahan masakan. Ada juga
pakar kesihatan mengesyorkan memakan minyak zaitun secara mentah. Paling mudah,
amalkan dua sudu besar sehari pada waktu pagi dan malam. Maksima enam sudu
besar sehari. Ikuti juga petua cara menggunakan minyak zaitun di sosial media
Sihaté.
-Berapa lamakah sebotol Minyak
Zaitun Sihaté boleh bertahan?
Ia bergantung terhadap
bagaimana anda menggunakannya. Jika diamalkan dua sudu besar setiap hari,
Insya-Allah ia boleh bertahan sehingga 30 hari.
-Bolehkah saya dapatkan
harga yang lebih murah untuk Minyak Zaitun Sihaté ini?
Harga Minyak
Zaitun Sihaté amatlah berpatutan jika dibandingkan dengan minyak zaitun kualiti
yang sama di pasaran sekarang. Walaubagaimanapun anda boleh dapatkan minyak
zaitun ini pada harga yang lebih berpatutan melalui belian dari ejen eksklusif
yang dilantik di seluruh negara.
Reviews
There are no reviews yet.